Aku Redha

hey korg !
lame sudah aku tak update blog kan . . tp utk update kali ni . . aku nak berkongsi cerita and luahkan perasaan aku sebelum , semasa dan selepas bukak result STPM . . haha . .

kisahnya bermula pada satu hari selepas sebulan exam berlalu . . aku dpt satu mimpi buruk yang aku akan gagal STPM . . bangun je dr tido tu , aku tiba-tiba jd takot sbb aku teringat mase SPM dulu yang aku mimpi aku fail satu subjek and bile tiba hari result . . memang betol , aku fail satu subjek . . so , pada 07/03/2012 iaitu pada hari result STPM akan keluar . . aku da sedia utk hadapi semuanya . . tapi malangnya , aku tak sekuat yang aku sangka . . bukak je result tu , aku dpt rasakan yg masa dpn aku gelap tiba-tiba . . sumpah ! aku rase down gila time tu . . ikot kan hati , aku nak tinggalkan bilik tu macam tu jek . . tapi aku memang tak kuat . . aku tak mampu nak bangun time tu . . apa yang aku perlukan time cuma satu je . . aku nak orang peluk aku dan aku nak nanges puas-puas dalam pelukan dia . . tapi otak aku blank , aku tak dapat nk pikir sape kat keliling aku . . yg aku mampu buat time tuh . . call akak aku and nanges puas-puas . . dipendekkan cerita . . hari tu memang aku menanges sepanjang hari . . smpai sekarang pon aku still menanges tiap kali teringat kat result and apa aku akan buat lepas ni . . akhirnya , aku redha . . bukan rezeki aku kan . . aku nak wat macam mana . . mungkin rezeki aku kat tempat laen . . tapi dalam redha aku tu . . menanges tetap menanges tiap kali ingat result . . haha . .

ya ! memang aku tau . . Allah sedang uji aku . . and Allah tau yg aku boleh lalui ujian-Nya ni . . tu sebab dia bagi ujian mcm ni . . sebab Dia nak aku jadi lebih kuat and lebih dekat dengan Dia . . mungkin Allah nak aku rasa macam mana berada di bawah dan macam mana rasa kecewa supaya jika satu hari nanti aku berada di atas dan berjaya , aku tak kan rasa riak dan sombong and aku akan ingat macam mana rasanya berada di bawah . . Ya Allah ! kalau ini dugaan yg Kau beri supaya aku jadi lebih kuat , tabah dan bersyukur . . aku terima dengan redha Ya Allah !


wahai hati . . bersabar la sayang . . mungkin rezeki aku bukan kat sini , mungkin rezeki aku di tempat lain . . SABAR . . nanti harinya akan tiba . .

kepada keluarga , kawan-kawan , saudara-mara dan semua yang tak henti-henti bagi mesej-mesej semangat . . terima kaseh . . aku hargai sangat-sangat . .

kepada yang membaca , aku bukan nak jatuhkan semangat korang utk belajar . . aku hanya nak kongsi betapa perit nya aku rasa bila gagal . . so , aku harap korang kuatkan semangat dan jangan sesekali biarkan diri gagal macam aku . . haha . . yang penting , kita dah usaha kan . . tawakal + redha je lah . . rezeki masing-masing . . .

sekian , terima kaseh . .

2 comments:

  1. buat bersabar je bell..setiap manusia ada rezeki masing2..kita sbg hamba ALLAH kena sentiasa bersabar dan terima apa yg telah IA berikan..masih ada harapan untuk membaiki kegagalan kita..yg gagal xsemestinya sentiasa gagal dan yg berjaya xsemestinya akn berjaya selama2nya..dunia ibarat roda yg berputar ke atas dan kebawah..setiap tindak tanduk kita merupakan corak kehidupan kita..mgkn kita ada membuat kesilapan semasa belajar atau melukakan hati seseorang yg kita sayang sehinggakan dy mendoakan keburukan kita..siapa tahu..jadi kita kena muhasabah diri byk2..semoga kita semua diberikan peluang sekali untuk membaiki kesilapan diri masing2..amin

    ReplyDelete