Kesabaranku Diuji

ok ! agak lama jugak aku tak update blog kan . . .
arini dengan penuh rasa saket ati , aku nak update blog ni even aku memang tgh busy dgn STPM . . . tapi takpe , better aku lepaskan geram aku kat sini sebelum aku nak study . . huhu . .


al-kisah . . .
tadi uteh aku ajak la keluar makan kat kedai . . . dalam masa yang sama , dia nak jumpa member lama dia . . . kalau diikutkan rasa malas aku ni , memang aku tak nak follow . . . tapi disebabkan aku ikutkan rasa lapar yang ditanggung ni , aku pun follow la . . .
sampai je kedai tu . . . aku termenung kejap . . . rupanya uteh pergi kedai di mana aku penah mengamuk sebab kebengangan . . . bila pelayan tu bagi menu . . . aku belek punya belek . . . takde satu pun menarik ati . . . aku pun order la bihun goreng . . .
dipendekkan cerita . . .
bila semua orang dah dapat makanan yang dipesan . . . aku agak rasa yang kesabaran aku teruji sebab makanan aku tak sampai-sampai . . . mak uteh aku yang buat pesanan kali ke-2 pun dah dpt makanan tapi aku masih lagi menunggu . . . then , ada sorang budak laki kedai tu yang nak pergi ambil order melintas depan kami . . . uteh aku pun tanya , mana bihun goreng yang kami order tadi . . . budak tu dengan penuh rasa kurang aja nya menjawab , " manalah saya tau , saya baru je masuk kerja ni " . . . aku punya terbakar , hanya Allah je yang tau . . . dah la budak-budak lagi . . . aku agak umur dia dalam 15 atau 16 tahun . . . biadab punya budak . . . aku pun cakap kat uteh aku , " tak payah la tunggu . . . kalau tunggu ni , sampai esok pun tak dapat lagi ni " . . .
korang mesti nak tau kat mana and apa nama kedai tu kan ?
kedai tu kat SEMABOK , Melaka . . .
nama kedai tu ialah . . . K5 STATION . . .



dah la rasa tak sedap . . . servis pun hampeh . . .
untuk korang yang orang Melaka or orang yang nak melawat Melaka , jangan lah singgah kedai ni . . . if nak singgah jugak , pastikan tahap kesabaran korng tinggi k . . .

ni da kali ke-2 aku kena . . . 1st masa aku datang dengan Ajiq , Sadam , Atong , Aten and adeq aten , Sabrina . . .
sumpah aku dah serik . . . takkan ku jejak kedai tu lagi . . .

# sekian daripada seorang pelanggan yang kesabarannya diuji #

Cukup Sekadar Mencintai Dalam Diam


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia . . .
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah ,
beritahulah Allah . . .
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita . . .

Cintai Dia Dalam Diam ,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH . . .
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah , berdoalah & berpuasalah . . .
"Dan janganlah kamu mendekati zina ; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji . . .
Dan suatu jalan yang buruk ."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang ,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak . . .
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang ,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu . . .

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi . . ? ?
". . boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu . . .
ALLAH mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti ,
kelak ada insan yang bakal dilukai ,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri . . .
Sebaliknya ,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi ,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi ,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain , pasti kehormatan dirinya akan terjaga . . ."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her . . .
Not even the slightest bit . . .
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years . . .
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah , menolak kerana Allah , mencintai kerana Allah , membenci kerana Allah & menikah kerana Allah , maka bererti ia telah sempurna imannya . . .”
(HR. Al-Hakim)

Halfest 2011 Meriah

Halal Fiesta Malaysia 2011 atau lebih dikenali sebagai Halfest 2011 merupakan ekspo halal terbesar di Malaysia yang berlangsung selama 5 hari berturut - turut mulai 12 Oktober 2011 sehingga 16 Oktober 2011 di PWTC Kuala Lumpur dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. . .
Halfest telah berlangsung dengan meriahnya . . .
terdapat pelbagai booth yang menarik daripada pelbagai syarikat dan sektor . . .
Halfest dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis - artis jemputan seperti Aaron Aziz , 6ixth Sense , Sheila Majid , Shila Hamzah . . .
dipendekkan cerita , Halfest 2011 memang sangat meriah dan tak rugi aku datang walaupun penat jelajah macam macam booth . . .

Malam Puisi Utusan 2011

hebat ! meriah !
itu saja yang aku mampu gambarkan tentang Malam Puisi Utusan 2011 . .
malam yang sangat hebat kerana aku berpeluang untuk berjumpa dengan penulis-penulis yang hebat seperti Dr . Lim Swee Tin dan Datuk Kamal Abdullah . .
aku juga berpeluang berjumpa dengan artis-artis yang terlibat dengan malam puisi ini seperti Hazama , Kopratasa dan Datuk Sharifah Aini . .
tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Malam Puisi Utusan 2011 ini . .