Lagu Perpisahan Ini


disini bermulanya pertemuan yang terakhir
kehilangan amat terasa dihati
mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
ku terima perpisahan ini

dulu kita satu jiwa satu impian
susah dan senang kita bersama
namun itu semua hanya sementara

hanya lagu yang menjadi ingatan
hanya lagu yang menjadi kenangan
seandainya masa itu kembali semula
ingin ku memiliki lebih dari itu

mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
ku terima perpisahan ini

perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
dirimu pergi biar ku sendiri

dulu kita satu jiwa satu impian
susah dan senang kita bersama
namun itu semua hanya sementara

hanya lagu yang menjadi ingatan
hanya lagu yang menjadi kenangan
seandainya masa itu kembali semula
ingin ku memiliki lebih dari itu

( Perpisahan Ini by 1st Edition feat Aizat )


masa mula2 dgr dulu . . . aku tak amek taw sape penyanyi dia . . . tapi lepas 3 or 4 kali dgr , aku jadi minat gila kat lagu ni and nak taw sapa penyanyi dia . . . member aku cakap 1st Edition feat Aizat yg nyanyi lagu ni . . . okeh . . . tiba2 aku jadi nak taw lak sapa dlm 1st Edition ni . . . then , aku pon try seach internet pasal group nih . . . setakat yg aku search . . . 1st Edition ni ada 5 org yg terdiri drpd Jijo , Erol , AJ , Aryl dan Apis . . . tapi aku masih kurang pasti dgn maklumat yg aku dpt , so aku try tanya abg Jijo . . . then , abg Jijo ckp yg 1st Edition skang hanya ada 3 org . . . sebelum aku tanya abg Jijo , dalam otak aku satu je . . . adakah ahli kumpulan ni sombong mcm ada sesetengah artis zaman sekarang ?
sekarang abg Jijo telah buktikan yang ahli kumpulan 1st Edition tak sombong . . . thankx untuk abg Jijo sebab jawab semua soklan aku . . . haha . . . thankx gak utk abg Erol yg izinkan aku amek gamba-gamba ni dr dia . . . hope 1st Edition terus maju kehadapan . . .

sebenarnya tujuan aku wat entri pasal lagu ni sebab lagu ni membuatkan aku rindu pada best friends aku since sekolah menengah lagi . . . aten , ajiq , syuk , jemer . . . bila korg cuti wey ? rindu nak hangout ngan korg la . . .


bukan tu je , satu hari aku pasti lagu ni gak akan ingatkan aku pada classmates aku masa Program Pra-U ni terutamanya yas, zaty , dhiya . . .

Seminar Sejarah STPM



hari ni , 23 April 2011 kami budak SS SATRIA ada seminar sejarah . . aku dan budak SATRIA yang lain telah berkumpul di depan sekolah sebelum bergerak utk ke SMK Munshi Abdullah . . memang aku tak nafikan bahawa seminar ni sangat berguna bagi kami semua sebagai pelajar yang bakal menduduki STPM . . tapi dah memang lumrah manusia , mane boleh duduk satu tempat lama-lama sambil dengar ceramah tanpa ada sikit pun jenaka yang boleh hilangkan ngantuk . . so , aku ngaku lah yang aku memang ada rasa bosan sikit tadi . . huhu.. apa pun , thankx utk SMK Munshi Abdullah sebab menjemput kami menghadiri seminar nih.. hee~


Pertandingan Forum Remaja Daerah Melaka Tengah 2011




pertandingan ni berlangsung di mozac dengan penyertaan sebanyak 24 buah sekolah dalam daerah melaka tengah... pagi ni aku datang awal... mungkin sebab terlalu bersemangat nak pergi atau mungkin terlalu takut nak berdepan dengan sekolah lain yg lebih hebat dari kita org... aku, yas, alep dan michael telah mewakili SMK Bukit Baru dan diiringi Puan Rozilah utk ke pertandingan ini... sebelum bertolak kami berlatih utk kali terakhir di kantin sekolah... tepat jam 8.15 pagi, kami bersiap sedia utk bertolak ke mozac... sampai di mozac, kami ke kaunter pendaftaran... kemudian, kami bersarapan pagi di kantin mozac... selepas sarapan, semua peserta diminta masuk ke tempat pertandingan yg telah ditetapkan... pertandingan forum remaja ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaiti kumpulan A dan kumpulan B... setiap kumpulan terdiri daripada 12 buah sekolah... kumpulan A bertanding di dewan sultan muzaffar manakala kumpulan B bertanding di perpustakaan... SMK Bukit Baru berada dalam kumpulan B, jd kami segera bergerak ke perpustakaan. pertandingan dimulakan dengan forum dari SMK Tun Mutahir... peh! hati kami jadi tak tentu sebab tengok persembahan forum yang hebat dari sekolah tu... semaken lama hati aku semaken gelisah sebab tgk persembahan yang hebat2 daripada semua sekolah... disebabkan terlalu stress, banyak point aku yang aku lupa... alep, yas dan michael cuba pulihkan semangat aku...
akhirnya sampai giliran sekolah yang ke-11 iaitu SMK Bukit Baru... Ya Allah! hanya tuhan je yang tahu gelora dalam hati aku ni... mcm2 perasaan aku rasa time ni. forum dimulakan... kami cuba utk buat yang terbaek... walaupun ada gagap siket2. kami cuba utk cover balek... habis je forum tu, hati aku jadi lapang... memang kami akui, banyak pasukan yg hebat dalam kumpulan B ni. jadi kami berserah je... seperti kata michael dan alep, "kita datang memang nak menang... tapi kalau kalah, at least kita ada pengalaman yg tak semua org ada"... betul! aku sangat sokong tu... setelah selesai pertandingan... kami diminta bergerak ke dewan utk sesi penyampaian hadiah dan sijil...
majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada pengetua mozac... kemudian majlis dimulakan dengan sesi penyerahan sijil kepada semua pasukan... tetapi yg buat musykil nya, nama sekolah kami tak diumukan... alep pon cakap sambil bergurau, "da la cikgu... jom kita balik... kecik ati ni, sijil pon tak dapat"... hahah... ngok alep... pengerusi majlis mengumumkan tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kumpulan A... tempat pertama kumpulan A ialah sharodz, kedua smk ayer molek dan ketiga mozac... kemudian pengerusi mengumumkan pemenang bg kumpulan B... kami harap nama sekolah kami diumumkan la bg tempat ketiga... sebab cikgu rozilah memang target kami di tempaat ketiga... apabila pengerusi mengumumkan tempat ketiga ialah yok bin... kami jadi patah hati... bermakna kami memang tak ada peluang utk menang... seterusnya, pengerusi mengumumkan tempat kedua... kami sangat terkejut apabila SMK Bukit Baru diumumkan sebagai naib johan... sumpah! memang terkejut gila time tu... aku tiba2 jadi kaku... kemudian, yas tolak aku suruh bangun pergi ambil hadiah... aku, alep, yas dan michael pun bangun dan berjalan menaiki pentas utk mengambil hadiah... tiba2 aku terasa bangga sebab tak sangka kami dapat capai kejayaan lebih daripada target cikgu... Alhamdulillah... rezeki berpihak kepada kami... setelah ambil hadiah... kami kembali ke tempat duduk... cikgu kelihatan sangat gembira dan terkejut dengan kejayaan kami... perasaan kami? mestilah lagi terkejut daripada cikgu... tempat pertama kumpulan B ialah SMKA Sultan Muhammad... Ya Allah! terima kasih kerana memberi kami kejayaan yang tak terduga ini... apa yang buat kami gembira ialah kami akan mewakili daerah melaka tengah utk pertandingan forum remaja peringkat negeri... hope kami dpt buat yg terbaik...