sebak dengan tindakan cikgu..


dari hari semalam cikgu asla nak jumpa aku. tapi aku buat tak taw je sebab aku memang tak de mood nak jumpa or bercakap n berbual dgn org. so, aku macam abaikan jek. hari ni lak, tiba-tiba hati aku macam suruh aku jumpa cikgu asla. walaupun aku masih tak ada mood, tapi hati aku macam memaksa aku jumpa cikgu.
then, lepas rehat aku pun ajak yas pergi jumpa cikgu. mulanya, aku macam serba salah nak jumpa cikgu, tp disebabkan yas da paksa. aku pon redha je la. masa da duduk kat meja cikgu tu. cikgu pon cakap, "nabilah, ko ada pape nk kongsi dgn aku tak?".. sumpah! aku memang hilang kata-kata time tu. aku pon ckp tak ada je la. then, dia pon on lappy, bukak fb n tunjuk komen aku kat status aku tu. dia ckp, dia tak suka aku komen mcm tu. memang la aku terasa sngat tapi aku taw tu memang salah aku pon buat komen bukan-bukan kat status aku. memang patut la cikgu asla tegur aku. so, xde sebab aku nk mara or nk mengamuk sebab tu memang salah aku. terima je la teguran tu.
anyway, terima kasih la cikgu. kalau cikgu tak tegur, mesti saya tak taw salah saya. InsyaAllah sy cuba elak dari buat lagi.
lepas cakap pasal tu, cikgu tunjukkan aku video budak nak bunuh diri kat KB Mall tu. walaupun cikgu tak cakap, tp aku ngan yas taw yg video tu cikgu tujukan kat kitorg. cikgu tak nak kitorg terlalu stres sampai nak bunuh diri macam tu.
satu perkara yang buat aku betol-betol tersentuh tadi ialah masa cikgu letak tangan dia atas kepala aku. sumpah! time tu aku macam tergamam n sebak gila. memang aku tak dapat kawal air mata aku, sebab tu tiba-tiba air mata aku bertakung. aku dapat rasa kan yang cikgu tak nak aku buat lagi macam tu n cikgu tak nak aku stres sangat sebab study. time tu aku rasa macam cikgu tu adalah ayah aku n aku memang rasa tersentuh sangat masa tu. secara jujur nya, aku memang tak boleh dengar cikgu asla nasihat aku sebab setiap nasihat dia mesti menusuk ke dalam hati. terima kasih cikgu. terima kasih atas nasihat-nasihat cikgu selama ni.

Hannah Syuhrah Damia




tanggal 24 Mac 2011 tepat jam 10.18 pagi bersamaan hari khamis, akak aku telah melahirkan seorang cahaya mata perempuan di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). kegembiraan ini turut dikongsi oleh seluruh ahli keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan akak aku. bayi perempuan tersebut di beri nama HANNAH SYUHRAH DAMIA.. comel~.. sangat comel.. sekarang aku da ada 2 anak buah.. adeh! pokai la aku raya nanti.. haha.. anyway, taniah utk kak ngah aku n suami di atas kehadiran cahaya mata yg comel ni..



jangan mencari yang terlalu sempurna


jika kamu memancing ikan. setelah ikan itu terlekat di mata kail. hendaklah kamu mengambil ikan itu. janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja, kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
begitu juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. setelah dia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

jika kamu manadah air biarlah berpada. jangan terlalu mengharap pada takungannya dan jangan menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu. apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu memulihkannya. akhirnya air itu dibuang. sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi.
begitu juga jika kamu memiliki seseorang. TERIMALAH seadanya. janganlah kamu terlalu mengaguminya dan jangan kamu menganggapnya terlalu istimewa. anggaplah dia manusia biasa. apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, mungkin hubungan kamu akan kekal ke akhirnya.

jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang pasti baik untuk dirimu. mengenyangkan dan berkhasiat. mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain. terlalu ingin mengejar kelazatan. kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. kamu pasti menyesal.
begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insanyang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU dan MENGASIHIMU. mengapa kamu berlengah cuba membandingkannya dengan yang lain. terlalu mengejar kesempurnaan. kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. kamu juga yang akan MENYESAL.