Selamat Tinggal STPM !


setelah setahun setengah kami , SS SATRIA bergelar budak pra-u atau lebeh dikenali sebagai budak form6 yang belajar , belajar dan belajar utk STPM , akhirnya tanggal 15/12/2011 tepat jam 11.00 pagi maka tamatlah sudah gelaran kami sebagai budak pra-u . . .
Alhamdulillah . . . akhirnya berjaya jugak aku tamatkan form6 ni . . .
Tahniah utk SS SATRIA , member-member Program Pra-U 1 Malaysia STPM 2011 dan semua student Pra-U di Malaysia kerana berjaya menamatkan zaman Pra-U . . .


antara tarikh-tarikh yg kami takkan lupe sepanjang bergelar Student Sains Sukan Pra-U SMK Bukit Baru batch SS SATRIA . . .

10/05/2010 : mula bergelar student Pra-U
18/11/2011 : tamat bergelar student Pra-U secara tidak rasmi
21/11/2011 : STPM bermula
15/12/2011 : tamat STPM & tamat bergelar student Pra-U secara rasmi

" Jumpa Di IPT "

aku buat entri ni just nak share siket story about sorang mamat yang aku baru kenal ni. takde la baru mana pun sebenarnya. aku kenal dia pun secara tak sengaja kot. sebab aku kena exam kat sekolah dia. tapi aku kenal dia macam tu jek. tak pernah lak jumpa borak-borak. just borak-borak dalam FB jek.

sekarang aku bukan nak story macam mana aku kenal dia. tapi aku nak story siket tentang perwatakan dia yang buat aku tertarik. just tertarik ok, bukan fall in love or what.
ok! aku tak dapat nak kongsi nama dia dengan korang atas sebab sebab tertentu. so, aku hanya akan menamakan dia sebagai Incek H ok ?

aku tak taw kenapa, tapi aku rasa sangat kagum dengan Incek H ni. mungkin sebab dia ni budak sekolah agama kot. tu yang aku kagum sangat. haha.
untuk pengetahuan korang, ada satu perkara yang dia cakap telah membuatkan aku betol betol tertarik dengan dia. aku pun tak sangka dia akan cakap benda yang aku pun tak pernah terfikir kawan kawan aku akan cakap. nak tau ape? ni dia...

" good luck k! buat yang terbaik la. nanti boleh jumpa kat IPT "

dia wish ni time dia dah abes paper and aku tinggal lagi 3 paper. even dia lambat wish. tapi yang penting ikhlas. bagi korang mungkin ayat ni tak seberapa. tapi bagi aku, sangat bermakna bila seorang kawan yang kita baru kenal ucapkannya. seriously, aku sangatlah terharu dengan kata-kata dia tu. huhuh


# untuk Incek H, thankx! InsyaAllah. kalau ada rezeki, kita akan berjumpa di IPT k?

Kenal Antara Kawan & Lawan

bila kita bertemu dgn kawan yg salah , kita akan rasa sangat kecewa , sedih & sakit hati . . . namun , jangan terus emo sebab kita perlu ingat yang sikap manusia memang susah nak dijangka . . . oleh itu , untuk lebih ingatkan diri agar tak mengulangi kesilapan yang sama pastikan kita dapat bezakan antara kawan & lawan ok?

KAWAN
  • apabila kita dalam kesusahan , dia dengan sendirinya dapat merasakan yang kita dalam masalah tanpa kita perlu mencarinya . . .
  • setiap kata yang keluar daripada mulutnya tidak pernah menyakitkan hati kita biarpun dia sedang menasihati atau mengkritik kita . . .
  • kawan yang terbaik akan gembira bila melihat kita gembira dan akan sedih bila melihat kita bersedih . . .
  • seorang yang bernama kawan akan marah apabila melihat kawannya dihina , dikeji dan diumpat . . .
  • untuk kita lebeh jelas dengan sikap kawan kita . . . tengoklah diri kita sendiri . . . bagaimana sifat kita , begitu jugalah sifat kawan kita . . .
LAWAN
  • bila kita dalam kesusahan , dia akan menolong tapi dalam masa yang sama dia akan mengambil kesempatan di atas kesusahan kita . . .
  • bila dia bercakap , sedikit pun tidak menghiraukan perasaan kita . alasannya dia lebih suka berterus terang tetapi hakikatnya dia lebih suka tengok kita rasa saket hati . . .
  • bila kita bersedih , dia masih mampu utk bergembira dan ketawa . bila kita sedang bergembira , dia seolah-olah tidak senang hati dengan keadaan kita . . .
  • dia akan jadi orang yang paling gembira bila ada orang cuba menghina kita . . .
  • org yang dianggap lawan ni kita boleh tgk gaya badan , pertuturan serta anak matanya bila bersama kita . . .


# org yang ikhlas , dia tidak perlu bersusah payah utk mengatur pertuturan dan kelakuannya . . . tapi org yang tak ikhlas kita boleh nampak lakonannya bila dia bercakap #

Kesabaranku Diuji

ok ! agak lama jugak aku tak update blog kan . . .
arini dengan penuh rasa saket ati , aku nak update blog ni even aku memang tgh busy dgn STPM . . . tapi takpe , better aku lepaskan geram aku kat sini sebelum aku nak study . . huhu . .


al-kisah . . .
tadi uteh aku ajak la keluar makan kat kedai . . . dalam masa yang sama , dia nak jumpa member lama dia . . . kalau diikutkan rasa malas aku ni , memang aku tak nak follow . . . tapi disebabkan aku ikutkan rasa lapar yang ditanggung ni , aku pun follow la . . .
sampai je kedai tu . . . aku termenung kejap . . . rupanya uteh pergi kedai di mana aku penah mengamuk sebab kebengangan . . . bila pelayan tu bagi menu . . . aku belek punya belek . . . takde satu pun menarik ati . . . aku pun order la bihun goreng . . .
dipendekkan cerita . . .
bila semua orang dah dapat makanan yang dipesan . . . aku agak rasa yang kesabaran aku teruji sebab makanan aku tak sampai-sampai . . . mak uteh aku yang buat pesanan kali ke-2 pun dah dpt makanan tapi aku masih lagi menunggu . . . then , ada sorang budak laki kedai tu yang nak pergi ambil order melintas depan kami . . . uteh aku pun tanya , mana bihun goreng yang kami order tadi . . . budak tu dengan penuh rasa kurang aja nya menjawab , " manalah saya tau , saya baru je masuk kerja ni " . . . aku punya terbakar , hanya Allah je yang tau . . . dah la budak-budak lagi . . . aku agak umur dia dalam 15 atau 16 tahun . . . biadab punya budak . . . aku pun cakap kat uteh aku , " tak payah la tunggu . . . kalau tunggu ni , sampai esok pun tak dapat lagi ni " . . .
korang mesti nak tau kat mana and apa nama kedai tu kan ?
kedai tu kat SEMABOK , Melaka . . .
nama kedai tu ialah . . . K5 STATION . . .



dah la rasa tak sedap . . . servis pun hampeh . . .
untuk korang yang orang Melaka or orang yang nak melawat Melaka , jangan lah singgah kedai ni . . . if nak singgah jugak , pastikan tahap kesabaran korng tinggi k . . .

ni da kali ke-2 aku kena . . . 1st masa aku datang dengan Ajiq , Sadam , Atong , Aten and adeq aten , Sabrina . . .
sumpah aku dah serik . . . takkan ku jejak kedai tu lagi . . .

# sekian daripada seorang pelanggan yang kesabarannya diuji #

Cukup Sekadar Mencintai Dalam Diam


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia . . .
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah ,
beritahulah Allah . . .
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita . . .

Cintai Dia Dalam Diam ,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH . . .
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah , berdoalah & berpuasalah . . .
"Dan janganlah kamu mendekati zina ; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji . . .
Dan suatu jalan yang buruk ."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang ,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak . . .
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang ,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu . . .

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi . . ? ?
". . boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu . . .
ALLAH mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti ,
kelak ada insan yang bakal dilukai ,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri . . .
Sebaliknya ,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi ,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi ,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain , pasti kehormatan dirinya akan terjaga . . ."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her . . .
Not even the slightest bit . . .
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years . . .
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah , menolak kerana Allah , mencintai kerana Allah , membenci kerana Allah & menikah kerana Allah , maka bererti ia telah sempurna imannya . . .”
(HR. Al-Hakim)

Halfest 2011 Meriah

Halal Fiesta Malaysia 2011 atau lebih dikenali sebagai Halfest 2011 merupakan ekspo halal terbesar di Malaysia yang berlangsung selama 5 hari berturut - turut mulai 12 Oktober 2011 sehingga 16 Oktober 2011 di PWTC Kuala Lumpur dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. . .
Halfest telah berlangsung dengan meriahnya . . .
terdapat pelbagai booth yang menarik daripada pelbagai syarikat dan sektor . . .
Halfest dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis - artis jemputan seperti Aaron Aziz , 6ixth Sense , Sheila Majid , Shila Hamzah . . .
dipendekkan cerita , Halfest 2011 memang sangat meriah dan tak rugi aku datang walaupun penat jelajah macam macam booth . . .

Malam Puisi Utusan 2011

hebat ! meriah !
itu saja yang aku mampu gambarkan tentang Malam Puisi Utusan 2011 . .
malam yang sangat hebat kerana aku berpeluang untuk berjumpa dengan penulis-penulis yang hebat seperti Dr . Lim Swee Tin dan Datuk Kamal Abdullah . .
aku juga berpeluang berjumpa dengan artis-artis yang terlibat dengan malam puisi ini seperti Hazama , Kopratasa dan Datuk Sharifah Aini . .
tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Malam Puisi Utusan 2011 ini . .



exam yang terok


peh! stress aku dibuatnya . . .
exam aku kali ni betol betol terok . . .
aku sendiri pon tak taw mane silap aku sampai result exam aku ni kali sangat terok . . .
pening aku pikirkan hal nihhh lah . . .
mana nak layan cikgu punya membebel , mane nak layan perasaan kecewa tuh . . .
aduhhh !
aku pun tak faham la ngan diri aku nih . . .
bila aku bagi tumpuan sama rata antara sume subjek , result sejarah aku hancus . . .
tapi bila aku bg tumpuan lebeh pd sejarah , result sejarah aku ok tp result subjek aku yg laen pulak hancusss . . .
peh ! kecewa nihhh !


ya Allah ! Kau berikan lah hamba-Mu ini kesabaran dalam menempuhi ujian dan dugaan yg Kau sediakan . . . Kau kuatkan lah iman hamba-Mu ini . . . Kau lapangkan lah hati dan fikiran ku dalam menimba ilmu ya Allah . . . Kau berikan lah hamba-Mu ini rezeki dan kejayaan . . . Aminnn . . .
mulai saat ni , mulai detik ni , mulai hari ni . . .aku nak cuba sedaya upaya aku dalam mencapai kejayaan dan menjejakkan kaki ke menara gading . . . sebab aku percaya , Allah sentiasa bersama aku dan Allah sentiasa membantu hambanya yg lemah . . .

p/s: utk kau yg bernama ckg . . . aku sangat berterima kasih sebab kau dah cuba sedaya upaya mendidik aku . . .

Karnival Sukan Pra-U Melaka

karnival sukan pra-u ni berlangsung selama 2 hari iaitu hari jumaat dan sabtu bersamaan 29 dan 30 Julai 2011 . .
karnival ni sangat la hebat . .
walaupun tak meriah macam karnival jom heboh tp karnival ni tetap bagi kami kenangan manis , pahit , masin dan tawar . . hahah . .
walaupun group futsal aku da kalah awalawal tp aku tetap hepi sebab aku dapat jumpa kawankawan dari skolah laen . .
yang penting karnival ni mengeratkan hubungan kami sbg budak pra-u . .
maknanya kami bukan sahaja berborak kat group program pra-u 1malaysia di fb sahaja . .
ni antara gamba yang aku rasa menarik masa karnival nih . .

ni team futsal aku . . dari kiri lin , kyla , aku , yana , yas , ain . .

ni gamba mase ktorg baru lepas berborak ngan bdk sri tanjong . . dari kiri yana , yas , aku , mirul , bella , zaty . .

ni pulak gamba sukesuke kami amek setelah berborak , bergurau dan gilegile bersama . . haha . .

dari kiri aku , haiqal , sadam , azley , zaty . . gamba ni tak complete sebab yas , yana , wan takda . . so , gamba ni sangatsangat tak complete . . huhu . .

kpd semua peserta dan pelajar pra-u negeri melaka . . taniah sebab meramaikan dan memeriahkan lagi karnival nih . . bagi yang berjaya , taniah lagi skali atas kejayaan korg . . bagi yang tak berjaya , anggap je kite datang untuk sukesuke . . PPU negeri Melaka hebat lah !

Kem Saujana Asahan ! ♥

aku n geng telah di panggil oleh SMK Bukit Katil utk jadi fasi utk kem beruniform dorg pd 22, 23 dan 24 Julai 2011 . . macam biasa lah . . aku , yana , yas , zaty , alep dan syed akan jadi fasi utk kem nih . . tapi kali ni , aku bwk extra org . . haha . . aku n geng ajak junior kami . . apek , faiz , iwan dan rahim . . bercamping di kem saujana asahan sangat lah hebat beb . . kitorg rasa macam tak nak balek jek . . thankx utk SMK Bukit Katil kerana menjemput kami sbg fasi . . hujung minggu yang hebat utk kami . .
ni antara gamba yang buat aku rindukan kem tuh . . miss sangat sangat kenangan kat sana !

gamba ni time kitorg jungle tracking . . memang penat gile lar . . turun naek bukit sepanjang tepi gunung ledang . . tapi yang paling penting , kitorg enjoy gile time jungle tracking nih . .

gamba ni time ktorg lalu tepi empangan . . lega hati bila nampak empangan ni setelah jauh perjalanan . . sebab empangan ni menandakan yang kitorg da dekat ngan tapak kem . . hehe . .

love u all so much ! siblings forever ever ever n ever !

kitorg di depan bilik sebelum nk balek . .

ni lak last picture kitorg sebelum bertolak balek . . .

hari sukan !

waaa . . lamenye aku tak update blog nih . . sukan skola telah berlangsung pada 12 , 13 dan 14 julai yang lalu . . tp baru sekarang aku post pasal hari sukan . . haha . .
hari sukan pertama aku di smk bukit baru . . sangat meriah walaupun padang basah sebab hujan . . disebabkan semangat kesukanan yg tinggi . . sukan tetap di teruskan . . haha . .
ni antara gamba kegemaran aku sepanjang hari sukan . .

kamu dan dia serupa !


kamu dan dia serupa . . sumpah ! cara kamu pandang aku , cara kamu bercakap dengan aku membuat kan aku teringat pada seseorang . . seseorang yang aku sangat rindu sekarang . . seseorang yang pernah buat aku dihargai . . seseorang yang dulu pernah bertakhta di hati aku . . seseorang yang aku sangat sayang . . dulu , kini dan mungkin selamanya . . aku akan terus admire dan sayang dia selagi hati aku masih belum dimiliki . . aku takut aku suka kamu sebab bayangan dia . . memang aku tak nafikan yang kamu lebeh comel dari dia dan cara kamu lebih matang dari dia . . tapi aku taknak dihantui bayangan dia . . aku harap , kalau betul hati aku akan terbuka untuk kamu . . biar aku menerima kamu bukan sebab bayangan dia tapi sebab diri kamu . . semoga aku memiliki kekuatan untuk berdepan dengan kamu selepas ini . . dan semoga aku tidak dihantui bayangan dia setiap kali berdepan dengan kamu . .

fun with softball ❤



kejohanan softball MSSM 2011 peringkat negeri melaka telah diadakan pada 4 , 5 , 6 , 10 dan 11 Mei 2011 bertempat di SMK Bukit Baru . . kami SS SATRIA sebagai pelajar yang telah dipertanggungjawabkan untuk handle game ni berasa sangat lah bangga dan teruje . . tugas sebagai scorer pada mulanya kami rasa sangat membebankan sebab langsung tak paham apa pun . . tapi bila da pandai , rasa cam tak nak benti wat lak . . haha . .
anyway , kitorang memang enjoy gila handle game nih . . thankx untuk cikgu rugayah dan cikgu king yang bagi kepercayaan kepada kitorang . . thankx gak untuk papa kami , encik aravina asla sebab sentiasa bagi kami bimbingan dan kekuatan dalam meng'handle' game nih . .
eh , lupe lak . . thankx gak untuk semua umpire sebab bagi kami tunjuk aja dan akhir skali thankx untuk haiqal , azli , wan dan sadam yang sentiasa bagi kami stress . . hahah . . tapi yg penting , best dapat kenal ngan korg . .





p/s : untuk menghilangkan bosan , lagu abang - abang kesayangan aku , 1st Edition iaitu Perpisahan Ini telah dipasang masa kejohanan . . hahah . . mesti abang Erol dan abang Jijo teruje kalau tahu nih . . haha . . love both u so much . .


Lagu Perpisahan Ini


disini bermulanya pertemuan yang terakhir
kehilangan amat terasa dihati
mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
ku terima perpisahan ini

dulu kita satu jiwa satu impian
susah dan senang kita bersama
namun itu semua hanya sementara

hanya lagu yang menjadi ingatan
hanya lagu yang menjadi kenangan
seandainya masa itu kembali semula
ingin ku memiliki lebih dari itu

mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
ku terima perpisahan ini

perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
dirimu pergi biar ku sendiri

dulu kita satu jiwa satu impian
susah dan senang kita bersama
namun itu semua hanya sementara

hanya lagu yang menjadi ingatan
hanya lagu yang menjadi kenangan
seandainya masa itu kembali semula
ingin ku memiliki lebih dari itu

( Perpisahan Ini by 1st Edition feat Aizat )


masa mula2 dgr dulu . . . aku tak amek taw sape penyanyi dia . . . tapi lepas 3 or 4 kali dgr , aku jadi minat gila kat lagu ni and nak taw sapa penyanyi dia . . . member aku cakap 1st Edition feat Aizat yg nyanyi lagu ni . . . okeh . . . tiba2 aku jadi nak taw lak sapa dlm 1st Edition ni . . . then , aku pon try seach internet pasal group nih . . . setakat yg aku search . . . 1st Edition ni ada 5 org yg terdiri drpd Jijo , Erol , AJ , Aryl dan Apis . . . tapi aku masih kurang pasti dgn maklumat yg aku dpt , so aku try tanya abg Jijo . . . then , abg Jijo ckp yg 1st Edition skang hanya ada 3 org . . . sebelum aku tanya abg Jijo , dalam otak aku satu je . . . adakah ahli kumpulan ni sombong mcm ada sesetengah artis zaman sekarang ?
sekarang abg Jijo telah buktikan yang ahli kumpulan 1st Edition tak sombong . . . thankx untuk abg Jijo sebab jawab semua soklan aku . . . haha . . . thankx gak utk abg Erol yg izinkan aku amek gamba-gamba ni dr dia . . . hope 1st Edition terus maju kehadapan . . .

sebenarnya tujuan aku wat entri pasal lagu ni sebab lagu ni membuatkan aku rindu pada best friends aku since sekolah menengah lagi . . . aten , ajiq , syuk , jemer . . . bila korg cuti wey ? rindu nak hangout ngan korg la . . .


bukan tu je , satu hari aku pasti lagu ni gak akan ingatkan aku pada classmates aku masa Program Pra-U ni terutamanya yas, zaty , dhiya . . .

Seminar Sejarah STPM



hari ni , 23 April 2011 kami budak SS SATRIA ada seminar sejarah . . aku dan budak SATRIA yang lain telah berkumpul di depan sekolah sebelum bergerak utk ke SMK Munshi Abdullah . . memang aku tak nafikan bahawa seminar ni sangat berguna bagi kami semua sebagai pelajar yang bakal menduduki STPM . . tapi dah memang lumrah manusia , mane boleh duduk satu tempat lama-lama sambil dengar ceramah tanpa ada sikit pun jenaka yang boleh hilangkan ngantuk . . so , aku ngaku lah yang aku memang ada rasa bosan sikit tadi . . huhu.. apa pun , thankx utk SMK Munshi Abdullah sebab menjemput kami menghadiri seminar nih.. hee~


Pertandingan Forum Remaja Daerah Melaka Tengah 2011




pertandingan ni berlangsung di mozac dengan penyertaan sebanyak 24 buah sekolah dalam daerah melaka tengah... pagi ni aku datang awal... mungkin sebab terlalu bersemangat nak pergi atau mungkin terlalu takut nak berdepan dengan sekolah lain yg lebih hebat dari kita org... aku, yas, alep dan michael telah mewakili SMK Bukit Baru dan diiringi Puan Rozilah utk ke pertandingan ini... sebelum bertolak kami berlatih utk kali terakhir di kantin sekolah... tepat jam 8.15 pagi, kami bersiap sedia utk bertolak ke mozac... sampai di mozac, kami ke kaunter pendaftaran... kemudian, kami bersarapan pagi di kantin mozac... selepas sarapan, semua peserta diminta masuk ke tempat pertandingan yg telah ditetapkan... pertandingan forum remaja ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaiti kumpulan A dan kumpulan B... setiap kumpulan terdiri daripada 12 buah sekolah... kumpulan A bertanding di dewan sultan muzaffar manakala kumpulan B bertanding di perpustakaan... SMK Bukit Baru berada dalam kumpulan B, jd kami segera bergerak ke perpustakaan. pertandingan dimulakan dengan forum dari SMK Tun Mutahir... peh! hati kami jadi tak tentu sebab tengok persembahan forum yang hebat dari sekolah tu... semaken lama hati aku semaken gelisah sebab tgk persembahan yang hebat2 daripada semua sekolah... disebabkan terlalu stress, banyak point aku yang aku lupa... alep, yas dan michael cuba pulihkan semangat aku...
akhirnya sampai giliran sekolah yang ke-11 iaitu SMK Bukit Baru... Ya Allah! hanya tuhan je yang tahu gelora dalam hati aku ni... mcm2 perasaan aku rasa time ni. forum dimulakan... kami cuba utk buat yang terbaek... walaupun ada gagap siket2. kami cuba utk cover balek... habis je forum tu, hati aku jadi lapang... memang kami akui, banyak pasukan yg hebat dalam kumpulan B ni. jadi kami berserah je... seperti kata michael dan alep, "kita datang memang nak menang... tapi kalau kalah, at least kita ada pengalaman yg tak semua org ada"... betul! aku sangat sokong tu... setelah selesai pertandingan... kami diminta bergerak ke dewan utk sesi penyampaian hadiah dan sijil...
majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada pengetua mozac... kemudian majlis dimulakan dengan sesi penyerahan sijil kepada semua pasukan... tetapi yg buat musykil nya, nama sekolah kami tak diumukan... alep pon cakap sambil bergurau, "da la cikgu... jom kita balik... kecik ati ni, sijil pon tak dapat"... hahah... ngok alep... pengerusi majlis mengumumkan tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kumpulan A... tempat pertama kumpulan A ialah sharodz, kedua smk ayer molek dan ketiga mozac... kemudian pengerusi mengumumkan pemenang bg kumpulan B... kami harap nama sekolah kami diumumkan la bg tempat ketiga... sebab cikgu rozilah memang target kami di tempaat ketiga... apabila pengerusi mengumumkan tempat ketiga ialah yok bin... kami jadi patah hati... bermakna kami memang tak ada peluang utk menang... seterusnya, pengerusi mengumumkan tempat kedua... kami sangat terkejut apabila SMK Bukit Baru diumumkan sebagai naib johan... sumpah! memang terkejut gila time tu... aku tiba2 jadi kaku... kemudian, yas tolak aku suruh bangun pergi ambil hadiah... aku, alep, yas dan michael pun bangun dan berjalan menaiki pentas utk mengambil hadiah... tiba2 aku terasa bangga sebab tak sangka kami dapat capai kejayaan lebih daripada target cikgu... Alhamdulillah... rezeki berpihak kepada kami... setelah ambil hadiah... kami kembali ke tempat duduk... cikgu kelihatan sangat gembira dan terkejut dengan kejayaan kami... perasaan kami? mestilah lagi terkejut daripada cikgu... tempat pertama kumpulan B ialah SMKA Sultan Muhammad... Ya Allah! terima kasih kerana memberi kami kejayaan yang tak terduga ini... apa yang buat kami gembira ialah kami akan mewakili daerah melaka tengah utk pertandingan forum remaja peringkat negeri... hope kami dpt buat yg terbaik...