Pertandingan Forum Remaja Daerah Melaka Tengah 2011




pertandingan ni berlangsung di mozac dengan penyertaan sebanyak 24 buah sekolah dalam daerah melaka tengah... pagi ni aku datang awal... mungkin sebab terlalu bersemangat nak pergi atau mungkin terlalu takut nak berdepan dengan sekolah lain yg lebih hebat dari kita org... aku, yas, alep dan michael telah mewakili SMK Bukit Baru dan diiringi Puan Rozilah utk ke pertandingan ini... sebelum bertolak kami berlatih utk kali terakhir di kantin sekolah... tepat jam 8.15 pagi, kami bersiap sedia utk bertolak ke mozac... sampai di mozac, kami ke kaunter pendaftaran... kemudian, kami bersarapan pagi di kantin mozac... selepas sarapan, semua peserta diminta masuk ke tempat pertandingan yg telah ditetapkan... pertandingan forum remaja ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaiti kumpulan A dan kumpulan B... setiap kumpulan terdiri daripada 12 buah sekolah... kumpulan A bertanding di dewan sultan muzaffar manakala kumpulan B bertanding di perpustakaan... SMK Bukit Baru berada dalam kumpulan B, jd kami segera bergerak ke perpustakaan. pertandingan dimulakan dengan forum dari SMK Tun Mutahir... peh! hati kami jadi tak tentu sebab tengok persembahan forum yang hebat dari sekolah tu... semaken lama hati aku semaken gelisah sebab tgk persembahan yang hebat2 daripada semua sekolah... disebabkan terlalu stress, banyak point aku yang aku lupa... alep, yas dan michael cuba pulihkan semangat aku...
akhirnya sampai giliran sekolah yang ke-11 iaitu SMK Bukit Baru... Ya Allah! hanya tuhan je yang tahu gelora dalam hati aku ni... mcm2 perasaan aku rasa time ni. forum dimulakan... kami cuba utk buat yang terbaek... walaupun ada gagap siket2. kami cuba utk cover balek... habis je forum tu, hati aku jadi lapang... memang kami akui, banyak pasukan yg hebat dalam kumpulan B ni. jadi kami berserah je... seperti kata michael dan alep, "kita datang memang nak menang... tapi kalau kalah, at least kita ada pengalaman yg tak semua org ada"... betul! aku sangat sokong tu... setelah selesai pertandingan... kami diminta bergerak ke dewan utk sesi penyampaian hadiah dan sijil...
majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada pengetua mozac... kemudian majlis dimulakan dengan sesi penyerahan sijil kepada semua pasukan... tetapi yg buat musykil nya, nama sekolah kami tak diumukan... alep pon cakap sambil bergurau, "da la cikgu... jom kita balik... kecik ati ni, sijil pon tak dapat"... hahah... ngok alep... pengerusi majlis mengumumkan tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kumpulan A... tempat pertama kumpulan A ialah sharodz, kedua smk ayer molek dan ketiga mozac... kemudian pengerusi mengumumkan pemenang bg kumpulan B... kami harap nama sekolah kami diumumkan la bg tempat ketiga... sebab cikgu rozilah memang target kami di tempaat ketiga... apabila pengerusi mengumumkan tempat ketiga ialah yok bin... kami jadi patah hati... bermakna kami memang tak ada peluang utk menang... seterusnya, pengerusi mengumumkan tempat kedua... kami sangat terkejut apabila SMK Bukit Baru diumumkan sebagai naib johan... sumpah! memang terkejut gila time tu... aku tiba2 jadi kaku... kemudian, yas tolak aku suruh bangun pergi ambil hadiah... aku, alep, yas dan michael pun bangun dan berjalan menaiki pentas utk mengambil hadiah... tiba2 aku terasa bangga sebab tak sangka kami dapat capai kejayaan lebih daripada target cikgu... Alhamdulillah... rezeki berpihak kepada kami... setelah ambil hadiah... kami kembali ke tempat duduk... cikgu kelihatan sangat gembira dan terkejut dengan kejayaan kami... perasaan kami? mestilah lagi terkejut daripada cikgu... tempat pertama kumpulan B ialah SMKA Sultan Muhammad... Ya Allah! terima kasih kerana memberi kami kejayaan yang tak terduga ini... apa yang buat kami gembira ialah kami akan mewakili daerah melaka tengah utk pertandingan forum remaja peringkat negeri... hope kami dpt buat yg terbaik...

1 comment:

  1. wow....hahahah....great!!!!kitorang bangga...n thanks buktikan kita ni bgus...

    ReplyDelete