New Sem New Class

Assalamualaikum korang !

hey , aku rasa macam tahun ni aku still tak boleh aktifkan diri dengan blog je . tengok lah ni , baru start new sem je aku dah busy macam dah nak habis sem . actually , bukan busy mana pon awal sem ni . cuma aku je yang mem'busy'kan diri . hahaha
whatever lah kan . yang penting now aku nak share sikit cerita awal sem ni . hee

this sem kitorang semua kena tukar kelas . no more classmates yang gilagila mcam sem lepas . alaaa . tak syok nya .
as usual , kami kena tengok list nama untuk tahu kami kelas apa . seriously , kami semua berpecah . sedih jugak lah ceritanya kan . tapi nasib baek jugak lah aku sekelas dengan zamel , kalau tak mesti aku macam orang bodoh je dalam kelas . hahaha
1st day with new classmates sangat membuatkan aku rasa annoying gila . after class , kami yang classmates sem lepas ni melepak kedai makan luar kolej and start story mory pasal new class . seriously , kami sangat rindukan classmates sem lepas . haishhhh 
its ok la kan . maybe kitorang terpaksa jugak teruskan new sem ni with new classmates . 

apa-apa pon , we miss our old classmates . we really miss each other . 

Sejenak Bersama Mamee

hey all ! this is a late post okay . actually , aku sepatutnya post mase last friday (04/01/13) . but as you know , bila aku di Shah Alam memang aku tak ngadap lappy la citenye kan . huhu . ni , aku nak share siket . last friday bersamaan 04 January 2013 , aku telah ke kilang mamee utk produk test . nak dijadikan cerita , abg ipar aku suroh ajak member-member yang ade kat area KL . macam la aku ramai member yang senang nak datang subang kan ? so , aku pon ajak lah Azri dan Zamel . naseb baek dorang on jek . hee . so , kami pon jumpa lah di Kilang Mamee Subang jam 10 pagi . kerja kami senang je , just test produk pastu bagi komen siket . after that , pihak kilang bayar kami RM30 and bagi produk Mamee . easy kan ?

thankx to them sebab sanggup datang Subang just untuk membantu test produk


# nampak tak muka excited dorang pegang produk Mamee tu . HAHA #

# to AZRI and ZAMEL , thankx yow #

Halooo 2013 !

happy new year all ! semoga tahun 2013 ni membawa kejayaan dalam hidup aku dan korang . Aamiin ~ . . . 


Bubbye 2012

tertutop sudah tirai cerita 2012 . Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk meneruskan hidup di tahun baru ini . terlalu banyak memori yg tercipta sepanjang tahun 2012 ni . ada suka , ada duka . 2012 telah membuat kan aku terlalu sibuk dgn tugasan seharian sehingga aku tak sempat nak update blog . insyaAllah , 2013 ni aku akan kembali menulis blog . terima kasih 2012 untuk semua kenangan pahit manis yg telah kau lakarkan . 2012 ni jugak telah mengajar aku erti hidup yg sebenar . 2012 telah mengajar aku untuk menerima kegagalan dalam hidup , bukan untuk terus gagal tp cuba bangun daripada kegagalan . 2012 telah meragut nyawa salah seorang insan yang paling aku sayang dalam dunia ni dan aku belajar untuk terima hakikat . 2012 telah menjadikan aku seorang atlet kolej . aku telah mewakili KPTM ke SUKIPT 2012 dalam sukan taekwondo . 2012 jugak telah mengajar aku erti kekalahan dan tidak mudah berputus asa . haishhhh ! terlalu banyak yg aku nak cerita kan kenangan yg terlukis sepanjang 2012 . apa pon , tirai 2012 telah ditutop . selamat tinggal 2012 . thankx for everything :)

satu kehilangan :(

halooo guys ! aku rasa semakin hari aku semakin busy dengan college life untill blog ni pon dah nak berhabuk . . sorry my dear . . aku terpaksa abaikan kau buat seketika . . huhu . . anyway , maseh belum terlambat untuk aku wish kan ? so guys , SELAMAT HARI RAYA ! orite . now , aku rasa banyak sangat perkara yang aku nak luahkan kat blog ni . . Ya Allah ! sepanjang aku tak menulis blog ni , terlalu banyak cerita yang aku simpan sampai aku tak boleh nak keluarkan air mata and hanya mampu menangis dalam hati je . . 

perkara utama yang aku nak sampai kan kat blog ni ialah tentang hilangnya salah seorang insan yang aku sayang dalam dunia ni iaitu Kak Long . . perginya dia disaat yang tak disangka . . hilangnya dia disaat kami sekeluarga memerlukan . . Ya Allah ! berat sungguh ujian Kau terhadap aku ya Allah . . aku tak sekuat yang disangka . . tapi aku tak selemah yang dilihat . . aku cuba tabahkan diri menerima ujian mu ini ya Allah . . aku redha dengan ketentuan Mu . . untuk maklumat korang , Kak Long pergi seminggu sebelum puasa dan dua minggu selepas aku mendaftarkan diri di KPTM KL . . aku hampir pitam bila terima berita kehilangan Kak Long . . ya , memang aku mengaku . aku terkilan dengan kepergian Kak Long . . sangat terkilan . . Kak Long tak sempat nak tengok tempat aku belajar dan aku tak sempat nak banggakan Kak Long . . aku rasa menyesal apabila menolak tawaran Kak Long yang mahu aku pergi bersamanya ke Penang . . itulah perkara yang buat aku rasa paling menyesal . . this raya merupakan raya yang sangat janggal buat kami sekeluarga . . takde orang nak masakkan kami , takde orang nak jamukan kami , takde orang nak buat segalanya untuk kami . . kami rasa sangat kehilangan Kak Long . . AKU RINDUKAN KAK LONG YA ALLAH ! aku sangat rindukan dia . . 

Ya Allah ! Kau tempatkan lah roh Kak Long bersama orang-orang yang beriman , orang-orang yang Kau sayangi dan Kau lindungi lah Kak Long daripada azab Mu ya Allah . .